May 16th, 2015

Sekitar minggu lepas, viral di media sosial apabila pengacara Daphne Iking telah memuat naik foto beliau  memakai bikini di laman Instagram dimana ia telah mengundang pelbagai jenis respon daripada peminat dan menganggap Daphne tidak menjaga sensitivi masyarakat dan seorang wanita Islam.

Walaubagaimanapun, buat Daphne beliau tidak merasakan tindakan itu adalah salah dan berharap agar masyarakat Malaysia cuba untuk memandang sesuatu daripada sudut yang positif.

Saya sebenarnya tidak menyangka gambar tersebut dijadikan isu. Seharusnya, kita perlu dan sentiasa melihat kepada perkara yang positif. Suka saya kongsikan, gambar yang saya muat naik dalam Instagram adalah berdasarkan isu-isu semasa dan kemanusiaan sesuai dengan kempen seperti #myKindDeeds. Saya memang akan membantu dan memberi kredit untuk pelaksanaan kempen itu.

Kenapa orang kita suka memberi penekanan untuk komen negatif? Kenapa tidak melihat sesuatu itu ke arah positif? Kan lebih bagus jika mentaliti itu diubah dan kita cuba melihat kepada sesuatu yang memberi kebaikan daripada keburukan.

Mempercayai setiap orang mempunyai pandangan masing-masing dalam sesuatu perkara, Daphne enggan ambil pusing jika beliau terus dihentam oleh orang ramai akibat foto tersebut.

Benar setiap orang memandang sesetengah isu daripada sudut pemikiran yang berbeza, namun sebagai seorang wanita Islam dan rakyat Malaysia kita harus menjaga maruah  kita agar ia tidak mencetuskan sebarang kontroversi.  Tidak salah untuk berfikiran terbuka tetapi setiap perkara ada batasnya.

Sumber Berita: Utusan Malaysia


Comments are closed.

Loading...