Daphne Iking Pegang Dan Usap B*bi, PU Syed Perjelas Hukum Sentuh Khinzir Dengan Sengaja

Hiburan

Daphne Iking Pegang Dan Usap B*bi, PU Syed Perjelas Hukum Sentuh Khinzir Dengan Sengaja

Baru-baru ini pelakon, Daphne Iking memuat naik satu video menunjukkan dia memberi minum susu dan mengusap beberapa ekor babi menerusi Instagram akaun miliknya.

Perkara itu mendapat pelbagai reaksi netizen di mana ada yang menyatakan babi hanya haram untuk dimakan dan boleh dipegang dengan sengaja.

Advertisement

Isu tersebut mendapat perhatian pendakwah bebas PU Syed yang menjelaskan hukum sebenar memegang babi atau haiwan yang haram untuk disentuh.

Menurut Syed, menyentuh babi atau anjing dengan sengaja dan tanpa tujuan yang memerlukan ia disentuh adalah haram kerana haiwan berkenaan tergolong dalam kategori najis Mughallazah.

Menyentuh babi dan anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan atau hajat adalah haram di sisi Islam.”

Tambahnya lagi, pendapat yang menyatakan bahawa babi hanya haram dimakan dan boleh disentuh adalah tidak benar sama sekali dalam ajaran Islam.

 Ada yang mengatakan babi hanya haram dimakan, sentuh dan ternak tak mengapa..Ini adalah kesesatan yang nyata.”

Dalam pada itu, Syed menerangkan bahawa haiwan berikut boleh disentuh sekiranya ada keperluan seperti kerjaya seorang doktor yang perlu merawat babi atau anjing dan wajib melakukan proses sertu selepas menyentuh haiwan terbabit.

3 bulan lalu

"Saya Memang Tak Suka Makan B*bi" - Daphne Iking Dedah Sebab Tak Rindu Makan Daging Khinzir

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

8 Comments

  1. Anonymous

    September 12, 2022 at 12:49 pm

    maafkan artis tu, belum belajar habis bab agama. si suami tak nasihat dia ke?

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...