March 2nd, 2011

daphne iking

Daphne Iking atau nama Islamnya Dahlia Daphne Eleanor Iking mengakui hidupnya kini semakin tenang selepas memeluk agama Islam. Baguslah macam tue. Abang Nara pun suka dengan cara Daphne Iking berkata-kata di Twitter Daphne Iking dan Facebook Daphne Iking. Nampak sangat rileks dan professional. Tak adalah nak meroyan tak tentu pasal macam sesetengah artis.

Daphne Iking mengakui telah berkahwin dengan Azmie sejak Januari lalu di Sabah.

[note]Ya saya sudah berkahwin bersama Azmi atau lebih mesra dengan panggilan Joe sejak awal Januari lalu di Sabah. Kami tak mengebahkan perkara ini kerana suami saya seorang yang perahsia dan kami ada alasan tersendiri untuk tak menguar-uarkannya. [/note]

Abang Nara paling suka jawapan Daphne Iking tentang kontroversi perkahwinan keduanya dan kes saman bekas suaminya yang sedang berjalan di mahkamah.

[note]Orang akan sentiasa bercakap mengenainya. Tdak kira ianya berlaku ataupun tidak. Perkara itu adalah satu lumrah kehidupan dan saya tidak dapat menutup mulut manusia. Tapi saya juga tidak hidup kerana mereka dan saya hanya hidup untuk diri sendiri. [/note]

Bercakap mengenai keputusannya memeluk agama Islam, Daphne memberitahu sesuatu yang sangat menarik untuk kita renungi bersama.

[note]Saya dibesarkan dalam keluarga besar dan yang suka membaca. Keluarga kami gemar membaca buku-buku berkaitan agama lain. Malah, keluarga ibu saya datang daripada gabungan yang unik iaitu pelbagai bangsa, budaya dan agama jadi kami sentiasa menghormati antara satu sama lain. Takdir juga menentukannya segalanya. Saya juga mempunyai ramai rakan-rakan mualaf yang selalu bercerita mengenai keindahan agama Islam untuk membantu saya menjalani kehidupan sebagai saudara baru yang lebih baik. [/note]

Kepada Daphne, semoga menjalani kehidupan sebagai seorang muslimah dengan baik selepas ini. All the best dan good luck. Sumber Murai.


Comments are closed.

Loading...