Gejala pembuangan bayi di Malaysia kini berada di angka yang sangat membimbangkan. Seakan manusia tidak lagi mempunyai hati ataupun perasaan apabila mereka dengan kejam sanggup membuang bayi di tong sampah. Malah ada di antara mereka yang sanggup membunuh bayi tidak berdosa untuk menutup aib ataupun maruah mereka yang sudah musnah akibat dibuai cinta dan hawa nafsu.
Peka dengan isu tersebut, pengacara popular Daphne Iking  menerusi laman Facebook miliknya telah menawarkan pertolongan kepada mana-mana individu yang merasa takut dan tidak tahu untuk berbuat apa serta mendapatkan pertolongan ketika sedang hamil anak luar nikah.
If you know anyone who is pregnant and single and unwed – and doesn’t know what to do, please PM me. I can help ok? It must be so terrifying and lonely finding out you are pregnant. Please don’t throw your baby away.
Niat Daphne untuk membantu mereka yang sedang buntu dan terjebak di dalam masalah sosial tersebut telah mendapat reaksi daripada pelbagai pihak. Ramai yang menyokong niat murni beliau.
Tidak dapat dinafikan kami sendiri merasa terkejut dengan sikap sesetengah manusia yang berlaku kejam dan sanggup mengambil nyawa bayi yang tidak bersalah. Terutama sekali dalam kes terbaru di mana mayat bayi dipotong 15 ditemui tanpa kepala. Semoga niat Daphne Iking ini akan membuka mata gadis yang hamil anak luar nikah di luar sana untuk tidak takut dan mengorbankan nyawa bayi mereka.