Daphne Iking Dikecam oleh Peminat Tayang Foto Berbikini

Hiburan

Daphne Iking Dikecam oleh Peminat Tayang Foto Berbikini

Sebelum ini kita dihangatkan dengan berita Diana Danielle yang tampil bercoli dalam sebuah majalah, kini pengacara Daphne Iking pula dihimpit kontroversi apabila memuat naik foto beliau memakai bikini  di laman Instagram miliknya.

Foto seksi beliau yang sedang berehat di tepi kolam renang itu menerima pelbagai komen di laman sosial dimana ada sesetengah pihak mempertikaikan keberanian Daphne untuk beraksi seperti itu. Ada juga yang  mengucap panjang apabila melihat gambar tersebut kerana sebagai seorang wanita Islam , tidak manis apabila Daphne berkongsikan gambar sebegitu rupa.

Advertisement

Daphne atau nama Islamnya Dahlia Eleanor Iking, 36, melafazkan dua kalimah syahadah pada 8 Januari 2011 dan pada hari tersebut juga beliau menjadi isteri kepada Azmi Abdul Rahman atau mesra disapa Joe dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Iman Daniella.

Hasil perkahwinan terdahulu,  Daphne  dikurniakan seorang lagi anak perempuan Isobel Daniella, kini berusia 7 tahun.

Kami tahu anda mempunyai susuk tubuh yang menawan  tetapi kalau hendak berbikini sekalipun fikirlah dua tiga kali sebelum berkongsi foto tersebut kepada umum kerana ia boleh mengundang fitnah.

Sumber Berita: Instagram Daphne Iking

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...