Dapatkan Rumah Pertama Sebelum 30 Tahun, Orang Muda Perlu Bersikap Realistik

Trending

Dapatkan Rumah Pertama Sebelum 30 Tahun, Orang Muda Perlu Bersikap Realistik

Golongan muda perlu bersikap realistik semasa membeli kediaman dalam usaha mendapatkan rumah pertama sebelum usia 30 tahun.

Advertisement

Menurut Konsultan FAR Capital Sdn. Bhd, Harith Faisal berkata, walaupun harga rumah semakin lama semakin tinggi, namun perkara berkenaan bukanlah penghalang kepada anak muda mendapatkan rumah idaman sebelum berusia 30 tahun.

Katanya, golongan muda perlu meletakkan pembelian rumah di usia muda sebagai keutamaan berbanding pembelian lain se­perti kereta.

“Kita hidup di zaman yang kadar harga rumah memang tinggi, jadi sewajarnya anak muda me­rendahkan kriteria rumah idaman mengikut kemampuan.”

“Sekiranya kemampuan kita hanyalah untuk kediaman berharga RM150,000 hingga RM200,000 maka fokus kita harus berusaha untuk mendapatkan rumah de­ngan julat harga tersebut.”

“Mungkin pembelian rumah pertama ini sebagai pelaburan yang akhirnya akan menjadi batu loncatan kepada pembe­lian rumah idaman mereka pada masa akan datang,” 

Tambah Harith, kesedaran mengenai kepentingan pembe­lian hartanah dalam kalangan golongan muda semakin lama menunjukkan peningkatan berbanding dua ke tiga tahun lalu.

Lima kelebihan membeli rumah pada usia muda

1. Komitmen kewangan rendah

2. Tempoh pembiayaan maksimum 35 tahun

3. Takaful atau insurans rumah yang murah

4. Mudah menyimpan duit

5. Rumah lebih murah

Sumber : Utusan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...