Golongan muda perlu bersikap realistik semasa membeli kediaman dalam usaha mendapatkan rumah pertama sebelum usia 30 tahun.
Menurut Konsultan FAR Capital Sdn. Bhd, Harith Faisal berkata, walaupun harga rumah semakin lama semakin tinggi, namun perkara berkenaan bukanlah penghalang kepada anak muda mendapatkan rumah idaman sebelum berusia 30 tahun.
Katanya, golongan muda perlu meletakkan pembelian rumah di usia muda sebagai keutamaan berbanding pembelian lain seperti kereta.
“Kita hidup di zaman yang kadar harga rumah memang tinggi, jadi sewajarnya anak muda merendahkan kriteria rumah idaman mengikut kemampuan.”
“Sekiranya kemampuan kita hanyalah untuk kediaman berharga RM150,000 hingga RM200,000 maka fokus kita harus berusaha untuk mendapatkan rumah dengan julat harga tersebut.”
“Mungkin pembelian rumah pertama ini sebagai pelaburan yang akhirnya akan menjadi batu loncatan kepada pembelian rumah idaman mereka pada masa akan datang,”
Tambah Harith, kesedaran mengenai kepentingan pembelian hartanah dalam kalangan golongan muda semakin lama menunjukkan peningkatan berbanding dua ke tiga tahun lalu.
Lima kelebihan membeli rumah pada usia muda
1. Komitmen kewangan rendah
2. Tempoh pembiayaan maksimum 35 tahun
3. Takaful atau insurans rumah yang murah
4. Mudah menyimpan duit
5. Rumah lebih murah
Sumber : Utusan