Penyanyi yang sering berimej seksi, Zizi Kirana kini tidak lagi mengenakan tudung selepas berakhirnya bulan Ramadhan yang mulia pada Mei lalu.
Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil memberitahu mStar bahawa laman sosialnya kini rancak dihujani pelbagai komen daripada warga maya yang mahu dirinya kekal berhijab.
Mengakui agak tertekan dan stress dihujani komen berbaur kecaman dan hentaman daripada sesetengah netizen, dia menganggap semua teguran yang diterimanya sebagai sebuah nasihat.
“Saya terima semua teguran dan nasihat itu dengan hati terbuka tetapi dalam masa sama saya akui rasa stress baca komen mereka yang marah-marah hanya kerana saya dah tak bertudung macam dulu,”
Zizi turut menitipkan pesanan buat peminat dengan meminta mereka di luar sana mendoakan yang baik-baik daripada menyakitkan hati sendiri dengan mengecam orang lain.
Dalam pada masa yang sama, Zizi yang terkenal dengan lagu Eh ini menjelaskan perbuatannya mengenakan hijab secara sementara pada bulan ramadhan lalu itu adalah atas kerelaan sendiri.
Dia juga berterus – terang mengakui masih belum bersedia untuk bertudung namun sentiasa berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik.
Dalam melayan komen peminat, Zizi sempat meminta peminat supaya mendoakan dia bertemu jodoh yang baik dan boleh membimbingnya ke arah kebaikan.
“Dalam masa sama, doakan juga saya cepat-cepat bertemu lelaki yang dapat membimbing..sejujurnya kalau tertulis jodoh dengan ustaz pun okay!”
Semoga suatu hari nanti Zizi Kirana dapat berjumpa lelaki yang baik! Amin!