Dapat Ubat Free Setiap Bulan Tapi Tak Guna Sampai ‘Expired’, RM3,200 Sia-Sia Masuk Tong Sampah

Trending

Dapat Ubat Free Setiap Bulan Tapi Tak Guna Sampai ‘Expired’, RM3,200 Sia-Sia Masuk Tong Sampah

Kewujudan klinik dan hospital kerajaan ketika ini dilihat banyak membantu rakyat yang memerlukan kemudahan perkhidmatan perubatan secara begitu murah.

Advertisement


Ubat yang diberikan adalah hampir percuma di mana hanya dicas RM1, namun apa yang menyedihkan ada mereka yang sanggup pentingkan diri sendiri dengan sengaja mengambil ubat berkenaan tiap-tiap bulan tanpa menggunakannya sehingga tamat tempoh.

Seorang ahli farmasi bernama Izzah Syahmina menyuarakan rasa kecewa dengan sikap orang sedemikian.

Ada orang request suruh post.

Jadi, pesakit ini dah ambil ubat insulin semenjak tahun lepas. Apparently dia tak guna ubat dia dan tahun ini, bila ubat dah tamat tempoh, barulah dia pulangkan semula kepada farmasi.

Mungkin peti sejuk dia dah tak ada ruang nak letak barang. Sebab itu baru dia terasa nak pulangkan. Itu pun kalaulah betul dia simpan insulin seperti yang sepatutnya dalam peti sejuk.

Yes, we could’ve done more. Counselled this patient more, educate him on why insulin is so important for him. Answer his questions regarding his treatment if he has any.

But the bigger question is, kenapa dia tak pernah tanya doktor, jururawat dan ahli farmasi yang dia jumpa hampir setiap bulan? Kenapa masih mengambil ubat walaupun tahu ubat itu tidak akan digunak dan ada bertimbun di rumah?

Sebab free. Sebab dia tak payah bayar untuk ubat. Walau kita dah cetak harga ubat di label, tetapi masih tidak diendahkan. Jadi berapa jumlah keseluruhan kerugian untuk semua insulin ini?

RM3,200++ masuk tong sampah

Dan pesakit ini, walau betapa sakit hatinya ahli farmasi yang menerima ubat insulin yang tamat tempoh ini, dia masih akan mendapat ubat percuma sampai bila-bila.

Ini bukan kes terpencil. I ask other pharmacists to share their stories on how many patients don’t appreciate their meds. This kind of patients rob other patients of a chance to get these meds.

Terima kasih banyak banyak-banyak gomen. Duit cukai rakyat Malaysia dihabiskan pada rakyat yang kufur nikmat seperti ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...