Seorang lelaki berkongsi tips memenangi peraduan yang disertainya kerana sering menjadi insan terpilih kerana sering langkah kanan merangkul gelaran pertama sekaligus memenangi pelbagai hadiah menarik seperti kereta, TV dan sebagainya.
Kongsi lelaki yang dikenali sebagai Mohd Amin ini, terdapat beberapa tips yang boleh digunapakai orang di luar sana jika ingin terpilih menjadi pemenang sesuatu peraduan.
Dalam hantaran asal TikTok itu, Mohd Amin berkonggi foto-foto kemenangannya seperti hadiah Antara tips yang dikongsi Amin adalah seperti berikut.
1. Cari ‘geng’ kaki peraduan supaya lebih semangat nak masuk ‘contest’ selain dapat berkongsi pelbagai idea bernas dan info mengenai peraduan terkini.
2. Tonjol kreativiti yang lain daripada yang lain terutamanya untuk peraduan seperti mencipta logo, fotografi dan sebagainya.
3. Rajin belajar atau ‘study’ pemenang yang terdahulu, bersikap inovatif dengan menggunakan rujukan juara-juara sebagai rujukan selain inspirasi.
4. ‘Standby’ sedikit wang seperti membeli produk-produk keluaran penganjur misalnya.
5. Taktik yang lain seperti menghantar penyertaan peraduan atas talian ketika di penghujung tarikh agar dapat mengelakkan karya anda ditiru pesaing lain.
6. Dah usaha, kenalah berdoa dan tawakal namun jangan letak harapan terlalu tinggi kerana bimbang kecewa pula nanti.
7. Kalau kalah, jangan berputus asa!
8. Fahami terma dan syarat yang dibuat penganjur supaya pembatalan penyertaan akibat kecuaian anda sendiri dapat dielakkan.
9. Jangan umum terlalu awal kemenangan anda tu, dah dapat hadiah baru umum kerana ramai yang berdengki sekarang..
10. Akhir sekali, jangan lupa berkongsi rezeki kemenangan terutama kepada mereka yang banyak membantu dalam karya dan penyertaan anda.
Selamat mencuba!
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.