“Dapat Tepuk Dik, Kau Ade?” Lengkap Dua Dos, Gelagat Elly Mazlein Cuit Hati Peminat

Hiburan

“Dapat Tepuk Dik, Kau Ade?” Lengkap Dua Dos, Gelagat Elly Mazlein Cuit Hati Peminat

Pelakon dan juga penyanyi, Elly Mazlein meluahkan rasa syukur apabila dia sudah lengkap menerima dua dos vaksin pada 30 Julai yang lalu.

Elly Mazlein
3 years ago

Sarat Hamil 6 Bulan, Elly Mazlein Jalani Rawatan Tulang Belakang

Advertisement

Elly yang kini sedang sarat hamil berkongsikan mengenai perkara itu di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Video pendek yang dimuat naik Elly itu memaparkan momen-momen dirinya sedang menerima vaksin ternyata telah mencuit hati peminat gara-gara gelagatnya yang spontan dan kelakar.

Dia dalam pada itu turut menyarankan agar ibu-ibu hamil di luar sana untuk segera mendapatkan vaksin sebagai salah satu ikhtiar perlindungan diri dan juga keluarga daripada wabak COVID-19.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat yang terdiri daripada ibu-ibu hamil turut berkongsikan pengalaman menerima vaksin.

Malah ada yang berterima kasih kepada pelakon drama komedi Kampung People itu kerana menyebarkan perkara positif di saat negara bergelut dengan pandemik yang tidak berkesudahan ini.

Sekadar info, Elly Mazlein kini sedang hamil enam bulan, hasil perkongsian hidup bersama suami, Mohamad Azlan Che Nuh.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...