March 16th, 2020

Pernah meluahkan hasrat untuk menjadi seorang pelajar yang memiliki segulung ijazah dan ingin menjadi orang pandai, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi rasa gembira dan syukur apabila dia telah diterima masuk ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai pelajar separuh masa.

aliff syukri sambung belajar uitm

Bakal menyambung pelajaran dalam kursus Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Perniagaan Antarabangsa yang bertempat di UiTM Shah Alam, Aliff menerusi akaun Instagramnya berkata dia bukanlah bodoh seperti disangka orang lain.

Pada masa yang sama, dia ingin membuktikan dirinya masih waras dan tetap bersemangat untuk terus berjaya meskipun sering dikecam serta dihina netizen.

aliff syukri uitm aliff syukri uitm

Berita itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen, ada yang mengucapkan tahniah kepada Aliff dan ada juga seakan mempertikaikan kelayakan usahawan itu diterima masuk ke universiti.

aliff syukri uitm aliff syukri uitm

Apa-apapun, semoga Aliff dapat menghabiskan pelajarannya dan dapat menambah ilmu dalam bidang perniagaan. Jadilah contoh yang baik dan mungkin selepas ini boleh kurang mencetuskan kontroversi.


8 responses to “Dapat Tawaran Sambung Belajar di UiTM, Aliff Syukri Buktikan Diri Masih Waras”

  1. Anonymous says:

    P belajaq dulu baru la tau hg tu bodo ka dak….baru dpt tawaran dh mula riak kata x bodo….

  2. mimi says:

    Not a fan of of him tapi tak pelik pun dia dapat masuk. Ramai yang tak tau sebenarnya boleh je masuk study walaupun result sederhana, dengan menggunakan kelayakan Pengalaman Kerja Apel. So Aliff ni mesti guna APEL untuk masuk Degree since dia takde Diploma. 3 Bulan tu rasanya tempoh dia buat Aptitude test and Folio. Tak susah pun.

  3. unknown says:

    moga dapat dean list every semester.. assignment jgn upah org buat plak yer.. lastly, bukan ape UITM nak sponser jer tuuu.. hg kn lubok duit.. all da alep

Loading...