Pendakwah selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz mendedahkan bahawa dia dan isteri, selebriti Neelofa ada menerima tawaran dan sekaligus membuat perbincangan untuk menyertai misi bantuan ke Gaza bersama-sama dengan Heliza Helmi, Hazwani Helmi dan Ustaz Ebit Lew pada bulan Jun yang lalu.
Ujar Haris,25, tawaran untuk ke wilayah bergolak itu datang daripada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan khabarnya sudah menjalankan perbincangan dalam talian antara mereka.
View this post on Instagram
“Memang benar saya dan isteri serta beberapa selebriti lain termasuklah Ebit Lew ada mendapat tawaran untuk ke Gaza. Kami juga dijangka ke sana pada Jun lalu. Namun saya dimaklumkan projek itu tak dapat diteruskan atas beberapa sebab.”
Maklumnya lagi, dia kemudiannya mendapat tahu Ebit Lew dan pasukannya dapat ke sana bagi menjayakan misi mereka dan menganggap itu adalah rezeki pendakwah tersebut untuk menjejakkan kaki ke bumi Gaza.
Dia dalam pada itu meminta orang ramai berhenti membuat spekulasi mengenai dia dan Neelofa susulan daripada pendedahan penyanyi Caprice yang sebelum ini disebut-sebut terpilih untuk ke Gaza bersama Ebit Lew.
View this post on Instagram
Pendedahan Caprice itu sekaligus menimbulkan spekulasi di mana wujud dakwaan bahawa Ebit Lew telah mengambil kertas cadangan berkenaan untuk meneruskan misinya sendiri.
“Cukup untuk saya jelaskan yang mana memang saya bersama yang lain termasuk Ebit Lew dijemput ke sana. Apa yang berlaku selepas itu, saya tiada pengetahuan apa-apa mengenainya.” jelas Haris mengakhiri bicara.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.