Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Dapat Tarikh Nikah 2 Minggu Lalu, Elisya Sandha Terima Wang Hantaran RM22,222.22

Elisya Sandha nikah

Selain pelakon Remy Ishak menamatkan zaman bujang pada hari Sabtu, semalam. Pelakon Elisya Sandha turut memilih hari yang sama untuk disatukan dengan cinta hatinya iaitu Uzair Haqimy pada Sabtu petang, 21 Ogos.

Advertisement

Pasangan berkenaan bernikah kira-kira dalam jam 3.11 petang di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak (PAID) berwalikan bapa Elisya, Mohd Faisal Abdullah.

Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Hassan menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas putih dari Uzair dalam majlis pernikahan secara ringkas mengikut prosedur operasi standard (SOP) itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)

Advertisement

Dalam pada itu, adik kepada pelakon hebat, Fasha Sandha itu juga menerima wang hantaran sebanyak RM22,222.22 dan telah menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima.

Selain itu, beliau turut berkata pada awalnya majlis pernikahan akan dilangsungkan pada 22 Februari tahun depan, namun kedua-dua pihak bersetuju untuk mempercepatkan tarikh pernikahan.

Dapat saja tarikh nikah dua minggu lalu, saya dan suami memulakan persiapan kahwin serba sederhana.

IG Story Elisya Sandha

Menurut Elisya, dengan peningkatan kes COVID-19 yang sedang mendadak naik di negara dan situasi pandemik yang tidak dapat dijangka, kesemua majlis harus dipercepatkan termasuklah hal mendirikan rumah tangga.

Majlis nikah secara bersederhana itu turut disaksikan oleh adik-beradik, sanak-saudara dan teman rapat secara atas talian sahaja.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top