Kini dibebaskan dengan ikat jamin selepas 19 hari ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan jenayah seksual, pendakwah muda, Da’i Syed mendedahkan beliau akan pulang ke rumah abangnya dan ingin berehat bersama keluarga.
Selain ingin makan bersama ibu dan keluarga, beliau juga menyatakan hasrat untuk bermuhasabah ke atas ujian yang dinyatakan.
Bahkan, menurut laporan mStar, pendakwah itu juga mengakui bahawa dirinya kini dalam keadaan baik dan sempat memberi tazkirah dan solat berjemaah bersama tahanan lain sepanjang tempoh siasatan.
Lebih menerujakan, Syed menyatakan dirinya sempat menulis lagu di dalam tahanan dan menunjukkan rangka lirik kepada wartawan yang bertugas.
Biarpun redha dengan ujian uang diberikan oleh Illahi, Syed akui beliau langsung tidak menyimpan dendam dengan sesiapa, malah amat memahami tugas pihak berkuasa.
Sumber: mStar Online

nek
December 17, 2020 at 9:44 am
klu btl dah merogol mne sebatan n 20 thn penjara??
Anonymous
December 17, 2020 at 8:58 am
kalau update pasal kes nak tahu. kalau update psl die ni taknak tau. tulis lagu satu album pon taknak tau.
A
December 16, 2020 at 9:59 pm
Klu dah ramai buat laporan polis, di dakwa dan telah di dapati bersalah, means dia ni boleh di gelar perogol bersiri la kan??
tecit
December 16, 2020 at 2:51 pm
ni peguam ke bagi nasihat ni. soh buat drama air mate bagi org kesian.