Dapat Sokongan Majoriti Pakatan Harapan, Dr Mahathir Sedia Jadi Perdana Menteri Ke-8

Trending

Dapat Sokongan Majoriti Pakatan Harapan, Dr Mahathir Sedia Jadi Perdana Menteri Ke-8

Hari baru tetapi rakyat masih lagi dibiarkan terumbang-ambing dengan masalah politik negara yang sepertinya akan mengambil sedikit masa lagi untuk selesai.

Meskipun menolak sebelum ini tetapi kini Perdana Menteri Interim iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa beliau telah menerima sokongan yang cukup oleh para pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan baru. Perjumpaan berikut berlaku pada pada pagi tadi dan kenyataan ini telah disampaikan di laman media sosial Dr Mahathir sebentar tadi.

Advertisement

dr mahathir perdana menteri ke lapan

Majlis Presiden PH sendiri juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka memberi sokongan padu kepada Tun M sebagai calon Perdana Menteri. Selain itu, Perdana Menteri Interim tersebut turut menyatakan kesediaannya untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri ke-8.

dr mahathir perdana menteri kelapan

Beliau menjelaskan bahawa keputusan yang baru dicapai itu akan dimaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Majlis Presiden PH menegaskan bahawa kesemua ahli menentang sebarang usaha ‘kerajaan pintu belakang’ terutama melibatkan kleptokrat dan pengkhianat perjuangan. Tambahnya ia hanya akan merosakkan segala usaha reformasi yang telah dilaksanakan hingga kini.

Nantikan kemas kini terbaru mengenai kemelut politik tanah air di Amazing Nara.

Sumber

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...