“Dapat Sampai RM13k..” – Lelaki Ini Dedah Penipuan Mangsa Banjir Bagi Dapatkan Bantuan Kerajaan

Kehidupan

“Dapat Sampai RM13k..” – Lelaki Ini Dedah Penipuan Mangsa Banjir Bagi Dapatkan Bantuan Kerajaan

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memberitahu bahawa terdapat penipuan bantuan dalam kalangan mangsa banjir yang mendorong kepada kelewatan buat mangsa banjir di daerah lain untuk menerima bantuan sewajarnya.

Ujar Amirudin, penduduk di daerah Petaling dan Klang merupakan antara yang tertinggi melakukan penipuan melibatkan bantuan banjir yang disalurkan oleh pihak kerajaan.

Advertisement

Sehubungan dengan itu, seorang pengguna Twitter iaitu @acaiijawe telah tampil mengulas dengan lebih lanjut mengenai isu yang sedang berlaku.

Difahamkan, mangsa banjir di Selangor telah menerima bantuan kerajaan beserta bantuan daripada kerajaan persekutuan sebanyak Rm4,500 bagi sebuah rumah yang terkesan.

Namun, terdapat segelintir mangsa banjir yang memanipulasi keadaan dengan membuat beberapa permohonan bagi sebuah rumah yang terdiri daripada beberapa permohonan isi rumah seperti suami, isteri dan anak.

Twitter komenSumber : Twitter 

Malah, ada yang memohon bantuan banjir meskipun hanya sekadar air bah di hadapan rumah dan ada juga yang berjaya meraih wang bantuan sehingga mencecah RM13,500!

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memberi respon yang sama apabila ada yang tidak layak memohon tapi sekadar mencuba nasib dan berjaya sehingga menyusahkan mereka yang betul-betul memerlukan bantuan.

Harga cover set yamah rxz
3 years ago

“Harga Tak Masuk Akal! ” - Netizen Pertikai Peniaga Jual 'Coverset' Yamaha RX-Z Cecah Ribuan Ringgit

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...