Pelakon Adam Corrie menceritakan kisah dirinya mendapat petunjuk dalam mimpi dan terjaga dari azan Subuh yang sedang berkumandang lalu membawa dia untuk berhijrah sekitar 14 tahun yang lalu.
Di dalam perkongsian yang dimuatnaik oleh Corrie di akaun Instagramnya, dia mahu kehidupan yang lebih baik dan berdoa agar mendapat petunjuk dari-Nya.
Saya nekad inginkan kehidupan yang lebih baik. Saya telah berdoa pada Allah; Ya Allah, sekiranya agama Islam adalah pegangan agama aku hingga mati. Berikanlah aku petunjuk.
View this post on Instagram
Tambahnya lagi, selepas sahaja mendapat petujuk dalam mimpi tersebut, dia terus pergi ke Pertubuhan Kebajikan Islam (Perkim) bagi proses memeluk Islam.
Saya dapat petunjuk dalam mimpi dan terjaga azan subuh berkumandang. Paginya saya pergi Perkim mengucapkan 2 kalimah syahadah di hadapan Ustaz Amran Abdullah pada usia saya 39 tahun.
Hantaran tersebut kini sudah meraih lebih 15,000 tanda suka daripada orang ramai dan hampir kesemuanya mendoakan agar Adam akan terus kekal istiqamah.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.