Beberapa hari lalu, kecoh nama Puan Mira diperkata ramai di platform media sosial berhubung sikap biadapnya terhadap Pengerusi MARA apabila disoal tahap penjagaan kantin di MRSM yang sangat teruk.
Kantin diterjah secara tiba-tiba
Bagaimanapun, perkongsiaan seorang wanita yang juga merupakan penguruh kantin telah menarik perhatian netizen selepas berjaya meraih markah tinggi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tahap kebersihan kantinnya.
Kata pengurus itu, pada awalnya dia berasa terkejut apabila staf memberitahu pihak KKM telah menerjah kantin yang diurus secara tiba-tiba.
Susulan diterjah secara mengejut, pengurus tersebut meluahkan rasa bimbang dan berdoa sepanjang perjalan ke kantik miliknya kerana bimbang disaman jika didapati persekitaran kotor.
Dapat markah kebersihan tinggi
Namun, rasa bimbang itu bertukar menjadi gembira selepas dimaklumkan kantin miliknya mendapat markah tinggi iaitu 94 peratus untuk pemeriksaan kali ini.
Kata pengurus itu, para staf akan membersihkan kawasan dapur dan kantin untuk memastikan kebersihan sentiasa terjamin serta sentiasa menasihati staf untuk menjaga kebersihan setiap hari walaupun tiada pemeriksaan daripada pihak KKM.
Susulan perkongsiaan tersebut meraih perhatian netizen, rata-rata berseloroh meminta pengurus terbabit mengambil alih tempat pengusaha kontroversi di MRSM yang tular, baru-baru ini.