Dapat Lepak Mamak Semula, Reaksi Lelaki Menangis Raih Tumpuan

Trending

Dapat Lepak Mamak Semula, Reaksi Lelaki Menangis Raih Tumpuan

Seperti yang kita tahu, wabak pandemik Covid-19 yang melanda negara telah memaksa kita semua untuk hidup dalam norma baharu.

Seluruh rakyat Malaysia disarankan supaya sentiasa menjaga kesihatan diri dan mengekalkan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Salah satu cara untuk kita menjaga kesihatan diri adalah dengan mengambil suntikan vaksin.

Advertisement

3 years ago

Bangga Dine-in Tanpa Vaksin, Suami Isteri Ditangkap

Tidak dinafikan, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah memberi kesan yang mendalam kepada ramai pengusaha kedai menyebabkan ada di antara mereka yang terpaksa menamatkan perniagaan kerana tiada sumber pendapatan.

Namun, baru-baru ini kerajaan telah mengumukan tentang kemudahan yang diberikan kepada individu yang sudah menerima dua dos suntikan vaksin iaitu sudah boleh untuk dine in di premis makanan. Arahan tersebut juga sedikit sebanyak melegakan pengusaha premis perniagaan.

Lelaki ini sebak akhirnya dapat dine in sambil menikmati teh tarik di kedai mamak

Tular baru-baru ini di laman media sosial TikTok, sebuah perkongsian video yang memaparkan gelagat seorang lelaki bersama beberapa lagi rakannya sedang dine in di kedai mamak.

Dalam perkongsian video tersebut, lelaki tersebut kemudiannya dilihat meminum air teh tarik yang dipesannya. Sebaik sahaja meminumnya, lelaki itu dilihat seakan menangis dan membuatkan rakannya bertanya mengapa dia sedih.

Apa yang menghiburkan ramai penonton perkongsian video tersebut adalah apabila dia menjawab pertanyaan rakannya itu dengan mengatakan yang dia merasa sedih kerana sudah lama tidak minum di kedai dan lepak di kedai mamak.

Lebih melucukan, dia kemudiannya seakan meminta pekerja kedai mamak tersebut supaya memberinya tisu untuk mengelap air matanya. Walaupun reaksinya dilihat seperti lakonan tetapi ia berjaya meraih tumpuan ramai orang.

“Alaa sebaknya sis tengok dik, deep sangat dik”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 1.1 juta tontonan, 97.2 ribu tanda like dan 2.1 ribu komen. Rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat lelaki tersebut dan dapat relate dengan situasi yang dihadapinya.

Lelaki lama tak lepak mamak

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Lelaki lama tak lepak mamak

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang bersetuju mengatakan yang mereka juga rindu untuk lepak di kedai mamak kerana sudah lama tidak berkesempatan melakukan sedemikian disebabkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ada juga yang berseloroh mengatakan situasi yang mungkin dilalui oleh pelanggan ketika dine in di kedai mamak sekarang ini iaitu rasa air yang dibuat sudah tidak sesedap dahulu kerana mamak tersebut perlu kerap mencuci tangan.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...