Sebagai seorang anak, tentunya kita harus menghargai segala jasa kedua orang tua yang sudah banyak berkorban. Semalam, penyanyi Wany Hasrita telah membuat kejutan istimewa buat ibu tercinta.
Wany telah menghadiahkan ibunya kereta Citroen C4 Picasso L2 bernilai kira-kira RM126,000 yang dimenanginya ketika dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 31 Oktober lalu.
Ia adalah tanda penghargaan atas segala jasa dan sokongan terhadap seorang insan yang bukan sahaja membesarkannya selama ini tetapi menjadi tulang belakang disebalik kariernya.
Kereta yang dimenangi ini dihadiahkan kepada ibu yang menjadi idola dan tulang belakang kekuatan saya sejak dulu. Rezeki daripada kemenangan itu juga memudahkan pergerakan ibu untuk menjalani rutin harian.
Alhamdulillah, rezeki ini dapat kami kongsi bersama selepas mengharungi susah dan senang. Lagipun, ibu belum membenarkan saya untuk memandu sendiri kerana bimbangkan keselamatan.
Bagus Wany kerana tidak melupakan setiap pengorbanan seorang ibu. Perjalanan karier anda sebenarnya masih lagi jauh dan dengan gelaran Bintang Paling Popular tentu sekali ramai yang mengharapkan Wany dapat memberikan sesuatu yang lebih baik dalam bidang nyanyian. Apa-apa pun, kami harap beliau akan terus sukses.
Kredit Foto : Aziah Azmee