Sebagai seorang anak, tentunya kita harus menghargai segala jasa kedua orang tua yang sudah banyak berkorban. Semalam, penyanyi Wany Hasrita telah membuat kejutan istimewa buat ibu tercinta.
Wany telah menghadiahkan ibunya kereta Citroen C4 Picasso L2 bernilai kira-kira RM126,000 yang dimenanginya ketika dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 31 Oktober lalu.
Ia adalah tanda penghargaan atas segala jasa dan sokongan terhadap seorang insan yang bukan sahaja membesarkannya selama ini tetapi menjadi tulang belakang disebalik kariernya.
Kereta yang dimenangi ini dihadiahkan kepada ibu yang menjadi idola dan tulang belakang kekuatan saya sejak dulu. Rezeki daripada kemenangan itu juga memudahkan pergerakan ibu untuk menjalani rutin harian.
Alhamdulillah, rezeki ini dapat kami kongsi bersama selepas mengharungi susah dan senang. Lagipun, ibu belum membenarkan saya untuk memandu sendiri kerana bimbangkan keselamatan.
Advertisement
Bagus Wany kerana tidak melupakan setiap pengorbanan seorang ibu. Perjalanan karier anda sebenarnya masih lagi jauh dan dengan gelaran Bintang Paling Popular tentu sekali ramai yang mengharapkan Wany dapat memberikan sesuatu yang lebih baik dalam bidang nyanyian. Apa-apa pun, kami harap beliau akan terus sukses.
Kredit Foto : Aziah Azmee

citroenugly
November 2, 2018 at 9:38 am
xbolehke bg kereta cun sikit? ni mcm level katak je
mmgla dia xkan guna sndiri, sbb kereta tu bukan style org muda
Anonymous
November 1, 2018 at 4:46 pm
baru nk ckp, lawa mak die
Anonymous
November 1, 2018 at 4:06 pm
peminat2 yg bersengkang mata undi dia siang mlm tu dpt ape? saje je la tnya
Miss j
November 1, 2018 at 10:41 pm
Oklah juga dia bagi kt mak dia… Fan dia dapat pahala sebab jadikan dia anak solehah yg berjasa kepada ibu bapa.