Dapat Buku Tajwid Dari PU Riz, Neelofa Tutup ‘Panggilan Manja’ Dengan Emoji Bunga?

Hiburan

Dapat Buku Tajwid Dari PU Riz, Neelofa Tutup ‘Panggilan Manja’ Dengan Emoji Bunga?

Bertindak memuat naik gambar di Insta Storynya baru-baru ini dengan memaparkan sebuah buku tajwid yang dihadiahkan oleh PU Riz, nama pengacara serta usahawan popular tanah air kini kembali hangat diperkatakan netizen.

Advertisement

Hal ini demikian kerana, buku yang memaparkan tulisan yang menitip kata-kata daripada PU Riz itu khabarnya menjadi perhatian netizen kerana Neelofa dilihat tampil menutup suatu perkataan dengan emoji bunga dan hanya memperlihatkan huruf jawi yang berbunyi ‘Ha’ dan ‘Ba’.

Menurut laporan Oh My Media, andai disambung huruf “Ha” dan “Ba” ia akan menjadi perkataan Hubun dalam bahasa Arab yang bermaksud ‘love’.

Tidak ketinggalan, Nota itu juga turut disertakan petikan hadis untuk diingati bersama.

Malah, di penghujung posting itu juga, Neelofa yang kini telah nekad berniqab turut mendoakan agar kehidupan bakal suaminya itu sentiasa diberkati dan drmirahmati oleh Allah S.W.T.

Untuk rekod, ibu Neelofa iaitu Noorkartini tampil memaklumkan kepada umum bahawa anaknya itu telah dirisik oleh PU Riz dalam satu majlis ringkas yang dihadiri kedua-dua belah keluarga serta saudara mara terdekat.

Rentetan itu, wujud juga segelintir pihak seakan tidak segan membuat spekulasi bahawa pasangan itu akan mendirikan rumah tangga beberapa bulan lagi.

Sumber: Oh My Media

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...