Penyanyi dan pelakon, Danny X-Factor memaklumkan bahawa dia kini bekerja sebagai pemandu e-hailing dan mula berkecimpung dalam bidang tersebut sejak tahun 2017 lagi.
Ujar pemilik nama Mohd Kardanie Anwa ini lagi, dia juga mengambil pendekatan bersedekah sambil bekerja apabila tidak mengenakan caj tambang kepada mereka yang bergelar Orang Kelainan Upaya (OKU) dan juga pelajar sekolah.
Membantu golongan yang memerlukan
Katanya, dia ingin mencari rezeki yang halal dan dalam pada masa yang sama, berniat membantu golongan yang memerlukan.
Ada golongan pelajar sekolah yang naik kereta saya mahu ke perpustaan dan sebagainya. Apabila nak bayar, saya suruh dia simpan wang dan beritahu saya niat sedekah dan minta belajar rajin-rajin.
Begitu juga kalau penumpang dari golongan OKU, saya takkan ambil wang kerana bersimpati dengan keadaan mereka. Yang penting doakan saya murah rezeki, itu pun sudah cukup.
Danny juga berasa seronok bekerja sebagai pemandu e-hailing dan menganggapnya ia sebagai satu terapi kerana dapat mengenali orang ramai.
Turut bekerja sebagai Penerbit Penyelaras & Pengurus Produksi
Selain menjadi pemandu e-hailing, Danny yang pernah membintangi filem KL Menjerit, Belukar dan Budak Kelantan ini juga bekejra sebagai penerbit penyelaras dan pengurus produksi di Double Channel Sdn Bhd milik pelakon Syed Aiman.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.