Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

(HOLLYWOOD)Daniel Radcliffe – Saya Dan Rupert Grint Tidak Rapat

Dalam filem Harry Potter, ketiga-tiga bintangnya, Daniel Radcliffe, Rupert Grint, dan Emma Watson digambarkan sebagai tiga sahabat yang selalu bekerjasama. Mereka saling bantu-membantu dan menyokong antara satu sama lain.Namun, itu tidak berlaku dalam kehidupan nyata. Hubungan ketiganya tidak serapat apa yang diperlihatkan dalam filem yang telah menaikkan nama mereka bertiga.

Advertisement

Kata Radcliffe kepada Mirror:

Ada yang kata Emma, Grint dan saya sebagai teman baik dan selalu hang out bersama.

Namun, Radcliffe tidak berpendapat demikian. Pemegang watak utama  ‘Harry Potter’ ini malah tanpa ragu menyatakan, dia dan Grint tidak berkawan rapat seperti yang digambarkan dalam filem. Dia mengaku dirinya sekarang sudah hampir tidak bertegur sapa dengan Grint.

Saya dan Emma masih sering mengirimkan SMS. Tetapi dengan Grint saya tak pernah SMS. Kami juga tidak berjumpa.

Khabarnya, mereka saling membenci antara satu sama lain. Namun, Radcliffe menafikan. Dia berkata mereka masih bertegur sapa walau sekejap semasa mereka bertemu di sebuah majlis.

Jika saya bertemu setiap enam bulan atau lebih, paling tidak hanya berkata ‘hello’. Apa khabar?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

13 Comments

  1. hyde

    January 26, 2012 at 8:48 pm

    haha betol bro!! aku pun tak kesah… yg aku nie dah tak bertegur sapa ngn jiran aku dkt 4 tahun takde sape pun kesah.. ye lah.. mentang2 la aku tak berlakon dlm harry potter……

  2. Ferr_Remy

    January 26, 2012 at 6:33 pm

    Ada aku kisah? Lain la Jubir tak bertego sapa dgn Attan ke aper ker…

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama