Dalam filem Harry Potter, ketiga-tiga bintangnya, Daniel Radcliffe, Rupert Grint, dan Emma Watson digambarkan sebagai tiga sahabat yang selalu bekerjasama. Mereka saling bantu-membantu dan menyokong antara satu sama lain.Namun, itu tidak berlaku dalam kehidupan nyata. Hubungan ketiganya tidak serapat apa yang diperlihatkan dalam filem yang telah menaikkan nama mereka bertiga.
Kata Radcliffe kepada Mirror:
Ada yang kata Emma, Grint dan saya sebagai teman baik dan selalu hang out bersama.
Namun, Radcliffe tidak berpendapat demikian. Pemegang watak utama  ‘Harry Potter’ ini malah tanpa ragu menyatakan, dia dan Grint tidak berkawan rapat seperti yang digambarkan dalam filem. Dia mengaku dirinya sekarang sudah hampir tidak bertegur sapa dengan Grint.
Saya dan Emma masih sering mengirimkan SMS. Tetapi dengan Grint saya tak pernah SMS. Kami juga tidak berjumpa.
Khabarnya, mereka saling membenci antara satu sama lain. Namun, Radcliffe menafikan. Dia berkata mereka masih bertegur sapa walau sekejap semasa mereka bertemu di sebuah majlis.
Jika saya bertemu setiap enam bulan atau lebih, paling tidak hanya berkata ‘hello’. Apa khabar?