PU Abu atau nama sebenarnya Muhammad Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi mengumumkan peletakan jawatan sebagai mutawif sebuah syarikat pengendali umrah susulan insiden jemaah terkandas di Jeddah.
Dia mengambil keputusan itu selepas gagal mendapatkan maklum balas jelas daripada pihak pengurusan berkenaan dana penginapan dan tiket penerbangan,
Saya sudah memberi tempoh sehingga 6.30 petang waktu tempatan kepada syarikat untuk memberikan maklum balas… namun apabila tiada sebarang respon, saya memilih untuk dedahkan ke media sosial.
PU Abu berkata, tujuannya adalah untuk menarik perhatian pihak bertanggungjawab agar membantu menyelesaikan isu berkenaan,
Wallahi, saya tak nampak jalan. Dana tiada, jawapan tetap sama.
Namun, keadaan berubah apabila Ustaz Firdaus dari Firabib Group tampil membantu dan menanggung kos jemaah.
Susulan pendedahan itu, beberapa pihak termasuk Kedutaan Malaysia di Jeddah turut membantu dan kesemua 39 jemaah selamat pulang. PU Abu turut menzahirkan rasa kesal terhadap sikap syarikat yang didakwanya lebih mengutamakan keuntungan.
Syarikat pengendali umrah tidak seharusnya hanya mementingkan keuntungan… perlu bertanggungjawab.