Dana KBS Diseleweng, Pegawai Kementerian Pertanian Direman Bantu Siasatan

Trending

Dana KBS Diseleweng, Pegawai Kementerian Pertanian Direman Bantu Siasatan
Seorang dari tahanan reman berhubung penyelewengan dana Kerajaan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis.

Seorang dari tahanan reman berhubung penyelewengan dana Kerajaan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memperoleh perintah mahkamah bagi bertindak untuk menahan reman salah seorang pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi membantu kes penyelewengan dana kerajaan yang bernilai RM 100 juta.
Menurut laporan dari mStar Online menyebut, perintah reman tujuh hari itu telah dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman.

SPRM juga memperoleh perintah mahkamah untuk melanjutkan tahanan reman pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan dua kontraktor syarikat penganjuran selama tujuh hari lagi sehingga 30 Mac selepas tempoh reman tujuh hari sebelum ini berakhir hari ini.

Advertisement

Sementara itu, dua lagi kontraktor syarikat penganjuran acara dan seorang wanita yang merupakan proksi sebuah syarikat yang turut ditahan dibebaskan hari ini dengna jaminan SPRM sebanyak RM10,000 setiap seorang.

Pada Jumaat lepas, 9 individu ditahan SPRM termasuk seorang wanita yang disyaki menjadi dalang satu sindiket menyeleweng dana kerajaan bernilai RM 107 juta.

Sindiket itu dipercayai bergiat aktif sejak 2010 dengan menggunakan bahagian kewangan agensi KBS membuat bayaran kepada 14 buah syarikat kononnya untuk tujuan menjayakan program berkaitan acara sukan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...