Daler Yusuf Tegur Adik Buat Prank Pegang Tangan Wanita, Anggap Ia Gangguan Seksual

Hiburan

Daler Yusuf Tegur Adik Buat Prank Pegang Tangan Wanita, Anggap Ia Gangguan Seksual

Pelakon Daler Yusuf minggu ini mencuri tumpuan ramai lagi selepas beliau meluahkan rasa marah terhadap adiknya, Sherzod Yusuf yang membuat “prank” dengan memegang tangan wanita di eskalator yang bergerak.  Sherzod telah memuat naik video “prank” tersebut di akaun Instagram miliknya.

Advertisement

Daler turut menasihati Sherzod untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut kerana wanita yang disentuh bukan mahramnya.

Tidak berpuas hati dengan teguran abangnya itu, Sherzod turut mempertikaikan Daler yang turut menyentuh wanita ketika berlakon.

Sedar isu ini sudah menjadi hangat dan beliau turut mendapat kritikan daripada netizen yang menganggap perbuatan beliau tidak sopan, Sherzod akhirnya membuat keputusan untuk menutup ruangan komen di Instagramnya.

Sumber Berita  : Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.