Daler Bukan Seorang Yang Suka Mengambil Kesempatan – Nelydia Senrose

Hiburan

Daler Bukan Seorang Yang Suka Mengambil Kesempatan – Nelydia Senrose

Video pelakon Daler Yusof yang secara tidak sengaja memegang bahagian dada Nelydia Senrose ketika aktres itu membrek secara mengejut sewaktu mereka menunggang motosikal bersama menjadi viral. Daler yang menerima kritikan daripada netizen bagaimanapun sudah tampil memohon maaf.

Advertisement

Susulan daripada itu, Nelydia menerusi portal Media Hiburan turut menjelaskan situasi sebenar yang berlaku dan pada masa yang sama tidak menyalahkan sesiapa atas apa yang sudah berlaku.

Waktu kejadian, itulah kali pertama saya menunggang motosikal, di kepala saya agak bercampur baur, fikirkan nyawa pembonceng, camera man di hadapan, keselamatan diri lagi memang buatkan saya langsung tidak sedar apa yang terjadi. Saya akui, dalam keadaan yang ‘terlalu’ berjaga-jaga saya terhilang sedikit kawalan dan berhenti secara mengejut kerana sedar ada bongol di hadapan.

Menurut Nelydia,  isu ini tidak perlu diperbesarkan lagi meskipun ia agak sensitif. Nelydia turut memberitahu Daler bukanlah seorang  yang suka mengambil kesempatan dan pelakon lelaki itu sudah pun menghubungi beliau dan memohon maaf.

Dia ada hubungi saya tetapi saya tidak ambil pusing tentang pekara ini. Bagi saya hanya salah faham. Saya sendiri tidak tahu sama ada ia benar-benar tersentuh atau hanyakerana angle video tersebut. Jadi bukan isu berat pun dan kami memang tiada masalah bersama.

Ada perkara yang kita boleh elak dan ada yang tidak. Apa-apa pun, harap selepas ini mereka berdua akan lebih berhati-hati jika ingin melakonkan sesuatu adegan didalam drama dan memuat naik video promosi agar ia tidak lagi mengundang fitnah dan kecaman.

Sumber Berita : Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...