Semalam, tular tentang luahan isteri selebriti terkenal Mawi iaitu Ekin yang kecewa dan terkejut selepas dikenakan bil sehingga RM1,200 di sebuah kedai makanan laut di Johor Bahru.
Selepas tular tentang isu ini, peniaga kedai yang terletak di sebuah medan selera itu tampil memberi penjelasan tentang jumlah bil itu.
Kata wanita itu, Ekin telah datang pada 30 September yang lepas dan rombongan itu mempunyai kira-kira 20 orang termasuklah kanak-kanak.
Menerusi video itu, peniaga tersebut menunjukkan setiap pesanan yang dibuat oleh rombongan Ekin tersebut termasuklah berat makanan berkenaan dengan jumlah harganya satu per satu.
Dalam video awak cakap ikan makan dua ekor je, sebenarnya total enam hidang.
LAHHHH 20 ORANG MAKAN RUPANYA!!!
pic.twitter.com/A35TxNuLqK https://t.co/TR2T2lhn4v
— ?Arif E.? (@arfdy12) October 4, 2023
Peniaga tersebut turut meminta Ekin untuk berjumpa dengannya jika masih kurang jelas dengan video penerangan dibuatnya itu.
Dalam pada itu, warganet memberikan pendapat masing-masing berhubung isu tersebut dan rata-ratanya memihak kepada peniaga terebut.
Tinjauan kami turut mendapati Ekin sudah pun memadam video yang dimuat naik tentang kedai itu di Instagram selepas ia tular.