Usahawan transgender sensasi, Nur Sajat sekali lagi menjadi bualan ramai susulan memuat naik video menari seksi di sebuah pusat hiburan terletak di Sydney, Australia yang dianggap terlalu melampau.
Dapat dilihat dalam video itu, Sajat hanya menutup bahagian dada dan punggung, namun tidak berasa malu untuk bergelek di hadapan umum biarpun pakaiannya boleh dikatakan separuh bogel.
Susulan itu, netizen kurang senang dengan perbuatan usahawan tersebut kerana sebelum ini sering kali menangis di platform TikTok kerana mengenang nasib di Australia.
View this post on Instagram
Dulu awak cakap dah mula solat saya ingat awak akan insaf, rupanya masih lagi sama. – netizen
Dalam TikTok berair air mata sampai orang percaya sudah insaf tapi di platform ni bangga jadi pondan. – netizen
Tidak mendiamkan diri dan rasa dirinya tidak bersalah, Sajat kelihatan aktif membalas komen netizen yang menegur dengan berkata dia tetap akan ‘memondan’ biarpun tidak menari.
Malah berkata niatnya hanya mahu berkongsi dan pertikai kenapa warganet selalu menghakiminya.