“Dalam Tempoh 48 Jam Tahap Kesihatannya Merosot Begitu Pantas” – Isteri Maut Selepas Buat Suntikan Putihkan Kulit

Kehidupan

“Dalam Tempoh 48 Jam Tahap Kesihatannya Merosot Begitu Pantas” – Isteri Maut Selepas Buat Suntikan Putihkan Kulit

Trend memiliki kulit putih membuatkan sesetengah wanita sanggup menjalani rawatan kecantikan untuk mendapatkan kulit cerah namun tidak semua prosedur selamat dan mempunyai risiko.

Seperti nasib malang yang menimpa seorang wanita dari Jombang, Jawa Timur yang dilaporkan meninggal dunia selepas dia menerima suntikan pemutihan di sebuah salon kecantikan yang tidak berdaftar.

Advertisement

Berdasarkan perkongsian suaminya yang dikenali sebagai Jay Kemruatak, isterinya sebelum ini berada dalam keadaan sihat dan telah ke salon kecantikan itu pada Sabtu lalu untuk mendapatkan rawatan suntikan terbabit.

isteri maut selepas suntikan putih kulit

Bagaimanapun, dalam tempoh 48 jam selepas prosedur itu dijalankan, tahap kesihatan isterinya terus merosot dengan begitu pantas.

Isteri saya pulang ke rumah menggunakan perkhidmatan e-hailing kerana tidak berdaya. Keadaannya semakin memburuk sehingga dia menghembuskan nafas terakhir pada pagi Isnin.

Selepas kematian wanita itu, keluarga meminta pihak salon kecantikan tersebut untuk bertanggungjawab namun mereka dikatakan bersikap lepas tangan malah menyalahkan mangsa pula.

Kesan sampingan yang dialami isteri saya sangat menakutkan. Saya berharap tiada lagi individu yang mengalami nasib serupa hanya kerana mahu cantik sekelip mata.

isteri maut selepas suntikan putih kulit

Kata Jay, keluarga masih bersedih dengan pemergian mengejut dan berharap agar apa yang menimpa isterinya ini menjadi pengajaran buat orang ramai di luar sana.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

penyanyi thailand maut lepas urut
3 months ago

Penyanyi Wanita Thailand Ini Meninggal Dunia Selepas Jalani Tiga Sesi Urutan Leher

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...