“Dalam Tempoh 4 Tahun, Seramai 22,663 Belia Telah Diisytihar Bangkrap” – MFPC

Trending

“Dalam Tempoh 4 Tahun, Seramai 22,663 Belia Telah Diisytihar Bangkrap” – MFPC

Pengurusan kewangan yang lemah antara penyebat utama seramai 22,663 rakyat Malaysia berumur kurang daripada 35 tahun diisytiharkan bangkrap antara 2011 dan September 2015, kata Majlis Perancangan
Kewangan Malaysia (MFPC),lapor FMT.

Advertisement

Timbalan Presiden MFPC Michael Kok Fook On berkata mereka ini gagal menguruskan sumber kewangan mereka dan tidak memahami kepentingan perancangan kewangan.

“Belia Malaysia tidak bersedia berhadapan dengan hutang kewangan dan tidak bertanggungjawab dalam menguruskan kewangan mereka,” katanya dalam Pertandingan Perancangan Kewangan Nasional MFPC ke-3 di sini hari ini.

“Muflis pada usia muda boleh memberi mudarat kepada golongan belia dan ini akan menjejaskan kehidupan harian dan masa depan mereka.

“Stres, tekanan keluarga dan sosial akan menerima kesan psikologi ke atas belia yang menghadapi kemuflisan,” katanya.

Kesedaran kewangan di kalangan belia dan mahasiswa di negara ini adalah amat penting bagi kesejahteraan mereka dan masa depan ekonomi Malaysia, sambil menambah golongan ini harus menjadi celik kewangan dari usia muda.

“Kami di MFPC, sejajar dengan aspirasi Bank Negara dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, sedang melakukan yang terbaik untuk membantu menyebarkan kesedaran kewangan bukan sahaja kepada golongan belia tetapi juga kepada orang ramai secara umumnya.

“Sejak usia muda saya, saya selalu diingatkan dengan kata-kata hikmah ini, ‘Ia bukan berapa banyak yang anda boleh dapat, tetapi lebih penting ialah berapa banyak yang anda boleh simpan’,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...