“Dalam Setiap Kebaikan Kita Lakukan Mesti Ada Cacat Cela Di Mata Orang Lain” – Ucapan Ibu Buat Syed Saddiq Bikin Sebak

Trending

“Dalam Setiap Kebaikan Kita Lakukan Mesti Ada Cacat Cela Di Mata Orang Lain” – Ucapan Ibu Buat Syed Saddiq Bikin Sebak

Ibu bapa Syed Saddiq sudah tentu menjadi insan yang paling bahagia atas kebebasan Ahli Parlimen Muar itu daripada pertuduhan rasuah yang mengenepikan hukuman penjara dan sebatan.

Dalam temu bual bersama ibunya, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz di perkarangan mahkamah hari ini, wanita itu memberikan ucapan menyentuh hati buat anakanda tercinta.

Advertisement

Kepada anakku yang dikasihi, Saddiq. Mama berasa sangat bangga. Mama bersyukur kepada pada Allah kerana selama ini mungkin (hanya) ahli keluarga yang terdekat dan rakan yang lain mengetahui pengorbanan sayang.

kes Syed Saddiq di mahkamah

Tapi sekarang ramai yang ketahui kebenaran namun bagaimanapun dalam setiap kebaikan kita lakukan mesti ada cacat cela dari pandangan yang lain.

Sharifah Mahani turut mengingatkan Syed Saddiq agar anaknya itu menjadikan hal tersebut sebagai nasihat dan cabaran dalam perjalanan dan perjuangannya.

Jangan putus asa. Lakukan sesuatu kerana Allah dan untuk rakyat. Sabar dalam menghadapi dugaan dan teruskan dengan segala kebenaran yang ada. Tahniah Saddiq, kami bangga dengan kamu.

"Bagi Mereka Yang Aniaya Anak Saya, Saya Doa Supaya Allah Beri Hidayah" - Ibu Syed Saddiq
28 mins ago

"Bagi Mereka Yang Aniaya Anak Saya, Saya Doa Supaya Allah Beri Hidayah" - Ibu Syed Saddiq

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...