“Dalam Sebulan Saya Boleh Dapat RM15K..” – Peminat Bagi ‘Gift’ Di ‘Live’, Azlee Senario Sebak Peminat Bantu Raih Rezeki

Kehidupan

“Dalam Sebulan Saya Boleh Dapat RM15K..” – Peminat Bagi ‘Gift’ Di ‘Live’, Azlee Senario Sebak Peminat Bantu Raih Rezeki

Pelawak Azlee Senario meluahkan rasa terharu dan sebak apabila peminat sanggup menolongnya meraih pendapatan melalui gift di siaran langsung TikTok yang mampu menolongnya membayar keperluan seharian.

Bantu raih pendapatan

Menurut Azlee atau nama penuhnya Muhammad Azlee Jaafar, siaran langsung yang dilakukan di TikTok itu banyak membantunya dalam memperoleh pendapatan sampingan.

Advertisement

Namun begitu, dia menegaskan dirinya bukan meminta dikasihani orang ramai atau berniat ingin mengemis. Tetapi, pelawak ini tetap bersyukur apabila ada yang memberinya gift ketika di live.

Saya pun tak sangka penangan TikTok ni dan saya baru sahaja belajar. Ada sahabat cadangkan saya untuk buat siaran langsung menerusi platform terbabit.

 

Katanya boleh cari duit lebih dan terkejut apabila platform itu boleh jana pendapatan. Saya bersyukur orang beri gift sebanyak itu. Memang rasa terharu.

 

Ada satu hari, saya buat live selama lima minit dan telah meraih RM8,500.

@azleesenariochannel  #SahabatTTku #Allahsayangkita ♬ Jedag Jedug Full Bass – Donny Fernanda

Dapat bayar komitmen

Selain tu, Azlee turut mendedahkan pendapatan yang diperoleh melalui gift di TikTok itu berjaya membantunya untuk menampung komitmen bulanannya.

Saya tak buat live setiap masa. Saya ada sasaran saya sendiri. Dalam satu hari, saya mencari RM500 dan kalau lebih, itu bonus.

 

Dalam sebulan saya boleh dapat RM15,000. Saya akan keluarkan setiap hujung bulan. Saya anggap itu pendapatan bulanan saya.

 

Alhamdulillah, setakat ini, duit kereta dan rumah, TikTok yang bayar.

Selain itu, kami kongsikan juga rtikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Harris annuar
4 weeks ago

Pelakon Lelaki Menangis Jual Kuih Bangkit Di TikTok, Gigih Nak Bayar Hutang- "Saya Buat Silap Besar!"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...