Penyanyi lagu Awan Nano, Hafiz Suip mengakui dia kini dalam proses bercerai bersama isteri, Nureffy Jasreel Abdullah.
Hafiz yang ditemui media berkata, dia dan Nureffy sedang berunding mengenai hak penjagaan anak-anak jika ditakdirkan tidak lagi bersama selepas ini.
Kami masih suami isteri cuma tidak sebumbung disebabkan dalam proses bercerai. Kami sedang berunding hak penjagaan anak-anak.
Dalam pada itu, Hafiz berkata dia ingin menyelesaikan masalah rumah tangganya itu tanpa campur tangan orang lain.
Saya cuma nak selesaikan dengan cara yang baik tanpa ada gangguan daripada pihak yang lain. Cukup saya simpan sendiri perkara ini.
@hafizsuip90 jodoh pasti bertemu #joker
Kalau dah memang kami sudah tiada persefahaman, saya akan lepaskan dengan cara baik. Jangan anak-anak jadi mangsa keadaan.
Sekadar info, Hafiz dan Nureffy mendirikan rumah tangga pada thaun 2016. Hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan dua orang cahaya mata.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.