“Dalam Pertuduhan Hanya Pengabaian, Bukan Penderaan..” – Peguam Ibu Bapa Zayn Rayyan

Berita

“Dalam Pertuduhan Hanya Pengabaian, Bukan Penderaan..” – Peguam Ibu Bapa Zayn Rayyan

Terkini peguam Fahmi Abd. Moin memberitahu pendakwaan ke atas ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin sama sekali tidak menyebut tentang penderaan terhadap kanak-kanak autism itu.

Hanya didakwa pertuduhan mengabaikan

Menurut peguam bela bapa kanak-kanak itu, pasangan terbabit hanya didakwa atas pertuduhan mengabaikan anak mereka dan menegaskan bukan penderaan.

Advertisement

Dalam pertuduhan tak sebut tentang penderaan, tapi pengabaian. Ia (pengabaian) merupakan terma yang luas. Dalam pertuduhan hanya pengabaian, bukan penderaan.

Belum ada bukti

Tambahan pula, Fahmi turut memaklumkan sebutan semula kes akan diadakan pada 26 Julai. Menurutnya, pihak mereka juga masih belum mendapat sebarang bukti dan akan diberikan pada hari sebutan semuka kes tersebut.

Sebutan ditetapkan 26 Julai 2024 bagi tujuan pihak pendakwaan serah dokumen pendakwaan kes ini dan kami akan hadir bersama anak guam.

 

Kami juga tak dapat apa-apa bukti lagi setakat ini. Hanya dapat kertas pendakwaan saja. Lepas 26 Julai nanti baru dapat.

kes pengabaian zayn rayyan

Terdahulu, ibu bapa kepada Zayn Rayyn iaitu Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf telah didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Namun begitu, mereka berdua mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan anak. Pertuduhan terhadap Zaim dan Ismanira dibuat selepas tempoh reman selama 13 hari berakhir pada Khamis.

Ibu Bapa Zayn Rayyan
6 months ago

(TERKINI) Ibu Bapa Zayn Rayyan Mengaku Tidak Bersalah Abaikan Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...