Kali pertama anda mungkin menggunakan Zoom adalah untuk temuduga kerja. Persidangan video (video conferencing) bukanlah cara bekerja yang biasa untuk kebanyakan orang dan memikirkan harus duduk menatap skrin komputer untuk berbincang tentang perkara yang serius. Ternyata ini bukanlah idea yang bernas untuk sebuah senario perbincangan yang ‘santai’.
Ada sesetengah orang menggunakan FaceTime yang memungkinkan untuk berhubung secara bersemuka dengan rakan atau keluarga di iPhone. Apabila melancong, ramai yang gemar menggunakan FaceTime untuk menceritakan pengalaman hebat percutian mereka.
Sekarang, penggunaan Zoom dapat dikatakan selama empat atau lima jam sehari. Untuk anda yang sedang menguruskan perniagaan yang dianggotai oleh ramai kakitangan yang penting, Zoom adalah jalan pintas untuk mengadakan mesyuarat.
Sudah tentu, dalam keadaan yang gawat seperti sekarang perniagaan harus tetap berjalan. Mesyuarat harus dilakukan meskipun tidak secara bersua muka. Ini menjelaskan mengapa syarikat aplikasi yang dilancarkan pada bulan April tahun lalu, kini bernilai lebih tinggi daripada syarikat penerbangan utama.
Zoom 2019 market cap: $18.8B
Airlines 2019 market cap: $78.1BZoom current market cap: $44.5B
Airlines current market cap: $27.0BNote: Airlines includes Delta, United, American and Jet Blue.
— Will Hershey (@maybebullish) March 23, 2020
Berikut adalah lima perkara yang telah dilakukan oleh Zoom yang perlu dipertimbangkan setiap perniagaan:
Sangat mudah
Untuk satu jangka masa yang lama, video conferencing adalah sesuatu yang memerlukan perisian untuk dimuat turun, memahami bagaimana untuk menetapkannya dan proses dial-in adalah langkah yang rumit. Zoom, sebaliknya mudah seperti FaceTime.
Cukup klik pada pautan Zoom dalam jemputan dan aplikasi ini akan melancarkan mesyuarat anda. Jika anda belum lagi mempunyai aplikasi Zoom, ia akan meminta anda memuat turun dan memasangnya. Caranya cepat dan ringkas. Individu yang kurang arif tentang teknologi tinggi juga mampu untuk mengendalikan aplikasi ini.
Cepat diakses
Anda juga boleh menggunakannya pada mana-mana peranti. Aplikasi ini boleh berfungsi di komputer riba, iPad, iPhone, desktop, atau peranti Android anda. Ini bermakna ramai orang boleh menggunakannya di mana sahaja. Mudah bukan jika anda ambil kira perbezaan jenis peranti yang semua orang gunakan pada ketika ini.
Sudah tentu, ia juga satu pembelajaran yang berharga bagi setiap syarikat. Semakin banyak cara pelanggan anda boleh menggunakan perkhidmatan anda atau membeli produk anda semakin baik pulangan keuntungan yang bakal dijana. Alasan Zoom untuk memulakan aplikasi sekarang ini adalah kerana semua orang boleh menggunakannya tidak kira bagaimana mereka menyambungkan peranti mereka di internet.
Berpatutan
Sangat membantu kerana Zoom bebas untuk digunakan. Benar, banyak perkhidmatan aplikasi video conferencing yang anda boleh dapatkan. Anda sebenarnya boleh mengendalikan mesyuarat Zoom secara percuma, yang tidak benar tentang persaingannya. (Secara keseluruhan, kebanyakan aplikasi yang serupa kini menawarkan versi percuma untuk membantu syarikat yang mempunyai kakitangan yang bekerja dari rumah)
Zoom tidak mencipta model freemium, di mana sebuah syarikat yang menawarkan versi perkhidmatan terhad secara percuma dan kemudian mengenakan caj untuk ciri-ciri tambahan. Tetapi yang pastinya aplikasi ini telah menguasai dalam pasaran yang sangat teknikal di mana aplikasi ini tidak pernah dilakukan sebelum ini. Akibatnya, berjuta-juta orang menggunakan Zoom dalam cara yang benar-benar kreatif untuk terus berhubung baik untuk kerja atau peribadi.
Dipercayai
Bercakap tentang berjuta-juta orang itu, Zoom telah mengagumkan ramai orang kerana peningkatan penggunaan sejak beberapa minggu yang lalu. Yang jelas, aplikasi ini mempunyai sedikit gangguan kerana pemprosesan data yang dilakukan dalam satu masa serentak memungkinkan sedikit gangguan berlaku. Namun, masalah ini tidak menjejaskan aplikasi ini.
Sudah tentu dalam Zoom, ramai orang bergantung pada teknologinya. Banyak syarikat menggunakan Zoom untuk terus berhubung dan mengekalkan produktiviti kakitangan mereka.
Menyeronokkan
Akhirnya, Zoom sebenarnya menyeronokkan. Anda boleh menambah latar belakang anda sendiri supaya kelihatan seperti anda berada di pantai atau di luar angkasa. Anda mungkin berfikir bahawa jenis ciri-ciri itu tidak diperlukan. Tidak bagi mereka yang lain. Itulah sebabnya mereka gembira menggunakan aplikasi ini. Dan sejujurnya, sekarang semua orang mula untuk merasai keseronokan yang ada di aplikasi Zoom.