Dalam Masa Satu Jam Sahaja, Hotel Di Langkawi Pecah Rekod Terima 1,000 Tempahan

Trending

Dalam Masa Satu Jam Sahaja, Hotel Di Langkawi Pecah Rekod Terima 1,000 Tempahan

Hanya dalam masa satu jam selepas sidang media Perdana Menteri hari ini, hotel di Langkawi menerima khabar gembira dengan lebih 1,000 tempahan hotel. Ini susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang akan mula berkuatkuasa pada 10 Jun ini.

Baca: (Terkini) PKPB Kini Ditamatkan Dan Digantikan Dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

Advertisement

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) Zainudin Kadir, ini adalah permulaan positif bagi industri pelancongan untuk bangkit semula selepas berbulan mengalami kemerosotan kesan pandemik COVID-19.

“Untuk makluman juga, pada jam 4 petang sehingga 4:45 petang tadi kita telah menerima 1,000 tempahan dalam masa sejam.”

LTA kini menyasarkan sebanyak satu juta kemasukan pelancong domestik ke Langkawi bermula 10 Jun sehingga 31 Disember nanti. Tetapi, masih terdapat beberapa perkara yang perlu diperjelaskan lebih lanjut khususnya mengenai penggunaan fasiliti di hotel.

Beberapa persoalan tentang penggunaan fasiliti hotel seperti kolam renang akan diajukan sendiri kepada Menteri Pelancongan  untuk panduan lanjut. Ini adalah kerana tiada perincian lanjut yang dijelaskan oleh Perdana Menteri di dalam sidang media hari ini.

langkawi

Beberapa tarikan pelancong di Langkawi seperti pusat peranginan seperti Kereta Kabel Langkawi, Taman Tema Langkawi dan Taman Langkawi masih belum dibuka kepada umum. Pelaksanaan PKPP kali ini bakal menyaksikan lebih banyak kelonggaran diberikan termasuk kebenaran rentas negeri dan pelancongan domestik namun harus mematuhi SOP yang ditetapkan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...