Penyanyi Nabila Razali meluahkan rasa kurang senang terhadap sikap segelintir pengguna lif di pusat beli-belah yang dianggap tidak bertimbang rasa, terutama apabila berada bersama anak kecil.
Menurut Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 33, pengalaman membawa anak tunggalnya keluar baru-baru ini membuka matanya terhadap cabaran yang selama ini dihadapi ibu bapa lain.

Saya jarang bawa Muhammad keluar ke pusat beli-belah, baru-baru ini saja kerap.
Sekarang baru saya faham bila ibu bapa yang bawa anak kecil dengan kereta sorong bayi marah sebab lif penuh.
Tambahnya, keadaan lebih menguji apabila lif dipenuhi pasangan yang “bermanja-manja” atau anak muda yang sihat tubuh badan sedangkan kemudahan itu lebih diperlukan oleh golongan yang membawa stroller atau mempunyai keperluan khusus.
Beliau turut menegur sikap setengah pengunjung yang tidak memberi laluan kepada pengguna lif untuk keluar terlebih dahulu.
Kalau kalian nak masuk lif, bagilah yang kat dalam lif itu keluar dulu. Kalau dah semua masuk, yang dalam tak boleh keluar dan sempitlah. Ye tak?
Perkongsian tersebut menerima sokongan ramai ibu bapa yang turut meluahkan pengalaman sama di pusat beli-belah.
Untuk rekod, Nabila mendirikan rumah tangga dengan Nik Iruwan Nik Izani pada 18 November 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 23 Disember lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
