“Dalam Kita Mengeluh Buat Kerja, Dijentik Tengok Kesusahan Orang lain.” – Lima Sekeluarga Membonceng Motor 200 Kilometer Mencari Rezeki

Kehidupan

“Dalam Kita Mengeluh Buat Kerja, Dijentik Tengok Kesusahan Orang lain.” – Lima Sekeluarga Membonceng Motor 200 Kilometer Mencari Rezeki

Kisah yang menghayat hati ini telah dikongsikan seorang lelaki di laman sosial Facebook apabila terlihat lima beranak menaiki satu motor yang sama semasa di Lebuhraya Pantai Timur beberapa hari lalu.

Dikatanya, dia terkejut melihat ‘baby’ yang dipangku ibunya serta anak-anak kecil sekali. Bila ditanya, mereka dari Temerloh ingin ke Terengganu, tempat kerja mereka dengan meredah hujan.

Advertisement

Tak sampai hati tengok ibunya lenguh tangan memangku, saya tawar abang tu untuk anak-anak yang dah besar sikit untuk bonceng dengan saya.

moto

Walaupun sudah ditawar, mungkin kerena orang asing, bapa itu menolak dengan baik pelawaan tersebut dan meneruskan perjalanan.

Tidak sedap hati, lelaki itu terus mengikuti mereka dari belakang untuk memastikan tiada sebarang kemalangan berlaku.

Saya doakan anak-anak mereka jadi soleh, solehah balas jasa bila dah besar.

ganuSumber : Facebook  

Turut serta di ruangan komen, warga sama-sama berasa simpati terhadap kesusahan yang keluarga ini terpaksa hadapi. Dengan hati yang prihatin, ramai mula menubuhkan tabung bersama untuk membantu sedikit sebanyak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

7 months ago

"Semoga Berjaya Balas Jasa Keluarga" - Warganet Sebak Tengok Satu 'Family' Jalan Kaki Hantar Daftar Uni, Jauh Datang Dari Sarawak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...