Kisah yang menghayat hati ini telah dikongsikan seorang lelaki di laman sosial Facebook apabila terlihat lima beranak menaiki satu motor yang sama semasa di Lebuhraya Pantai Timur beberapa hari lalu.
Dikatanya, dia terkejut melihat ‘baby’ yang dipangku ibunya serta anak-anak kecil sekali. Bila ditanya, mereka dari Temerloh ingin ke Terengganu, tempat kerja mereka dengan meredah hujan.
Tak sampai hati tengok ibunya lenguh tangan memangku, saya tawar abang tu untuk anak-anak yang dah besar sikit untuk bonceng dengan saya.
Walaupun sudah ditawar, mungkin kerena orang asing, bapa itu menolak dengan baik pelawaan tersebut dan meneruskan perjalanan.
Tidak sedap hati, lelaki itu terus mengikuti mereka dari belakang untuk memastikan tiada sebarang kemalangan berlaku.
Saya doakan anak-anak mereka jadi soleh, solehah balas jasa bila dah besar.
Turut serta di ruangan komen, warga sama-sama berasa simpati terhadap kesusahan yang keluarga ini terpaksa hadapi. Dengan hati yang prihatin, ramai mula menubuhkan tabung bersama untuk membantu sedikit sebanyak.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.