May 10th, 2017

Tentu anda semua tahu baru-baru ini pelakon Dazrin Kamarudin telah menamatkan zaman bujangnya bersama Nurfazulin Razalin yang merupakan seorang ketua pramugari. Oleh itu, portal Berita Harian ada menyiarkan artikel mengenai pernikahan dan detik perkenalan pasangan ini.

Walaubagaimanapun, gosip antara Dazrin, Ramona Zamzam dan Amyra Rosli masih lagi belum habis dan menjadi bualan netizen sehingga hari ini. Menerusi ruangan komen di Facebook BH ONLINE, ada netizen yang memfitnah Ramona  sebagai punca Dazrin dan Amyra tidak jadi untuk berkahwin sebelum ini.

Komen itu nyata mendapat perhatian Ramona yang membidas setiap fitnah yang dilemparkan kepadanya. Romona akui beliau sudah rimas terus dikaitkan dengan isu Dazrin dan Amyra yang membatalkan perkahwinan mereka.

Alahai, perkara yang lalu janganlah lagi diungkit. Ketiga-tiga mereka sudah pun berkahwin. Isu ini tidak seharusnya timbul saat Dazrin baru sahaja mendirikan rumah tangga. Bagus Ramona sebab peka dan menjelaskan perkara sebenar kepada sesetengah netizen yang masih belum “move on”.


Comments are closed.

Loading...