Dalam Kenangan, Ini Antara Bintang Seni Yang Pergi Meninggalkan Kita Pada Tahun 2022

Hiburan

Dalam Kenangan, Ini Antara Bintang Seni Yang Pergi Meninggalkan Kita Pada Tahun 2022

Seperti yang semua sedia maklum, kita kini berada di penghujung tahun 2022. Namun, sepanjang tahun ini dunia hiburan telah dikejutkan dengan kehilangan beberapa bintang yang berbakat dan berjasa dalam industri seni.

Kehilangan mereka sebagai anak seni sudah semestinya meninggalkan kesan yang mendalam terhadap para peminat dan karya serta bakat mereka menjadi kenangan buat orang ramai.

Advertisement

Jadi, mari kita mengenang semula jasa dan sumbangan mereka sepanjang melibatkan diri dalam dunia seni selain mendoakan semoga Allahyarham/Allahyarhamah ditempatkan bersama orang-orang beriman. Al-fatihah.

1. Hamid Gurkha

Pelawak legenda, Hamid Gurkha menghembuskan nafas terakhir pada usia 90 tahun akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain pada 14 Jun 2022.

Hamid atau nama sebenarnya, Abdul Hamid Abdul Rahman meninggalkan 8 anak, 32 cucu dan 18 cicit.

Allahyarham pernah membintangi filem Gila-gila, Sikit Punya Gila, Ragam Pemandu dan Zombie Kampung Pisang.

2. Adibah Noor

Penyanyi lagu Terlalu Istimewa, Adibah Noor menghembuskan nafas terakhir pada usia 52 tahun di Hospital Gleneagles dipercayai akibat penyakit kanser ovari tahap empat pada 18 Jun 2022.

Adibah atau nama sebenarnya, Adibah Noor Mohd Omar dikenali sebagai penyanyi, pelakon, pengacara, pengisi suara dan bakat iklan yang terkenal di Malaysia.

Allahyarhamah pernah membintangi filem Gubra, Mukhsin, Buli Balik, Talentime, Jin Notti, Magika, Hooperz, Crayon, Aku Tak Bodoh, Nasi Lemak 2.0, The Code of Happiness, Hoore! Hoore! dan banyak lagi.

3. Aman Shah

Penyanyi era 80-an, Aman Shah menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun selepas melakukan pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) pada 14 September 2022.

Aman atau nama sebenarnya, Aman Shah Abu Kassim pernah popular menerusi lagu Kepulangan Yang Dinanti dan Adikku Pandai Menari.

Allahyarham juga pernah muncul dengan lagu Mawarku, Cinta Tak Seindah Diucap, Dunia Orang Muda, Ku Mengerti Erti Sepi dan Kisah Gadis Keriangan.

4. Bob Lokman

Pelakon dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman meninggal dunia pada usia 58 tahun di kediamannya di Kubang Kerian akibat komplikasi jantung pada 23 September 2022.

Bob Lokman atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman menghembuskan nafas terakhir jam 3 petang dan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Hilir Kubang Kerian.

Antara lagu ciptaan nukilan Allahyarham yang terbaik ialah Warisan Wanita Terakhir, Isabella, Teguh, Kasih, Memburu Rindu, Rendang Tak Berbuah, Lagu Zaman, Dendam Cinta Seusia Dunia, dan banyak lagi.

5. Hisham Ahmad Tajudin

Pelakon veteran, Hisham Ahmad Tajudin menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun di Hospital Shah Alam (HSA).

Hisham kembali menemui Sang Pencipta pada 12 Oktober 2022 akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Sepanjang terlibat dalam dunia lakonan, Allahyarham merupakan antara pelakon tanah air yang sangat dihormati dan membintangi banyak filem dan drama antaranya, Tsu-Feh Sofiah (1986), Perempuan (1988), Dalam Hati Ada Cinta (2004), Dalam Hati Ada Cinta 2 (2005) dan Tok Ayah (2014).

6. Syazlin Zainal

Pelakon dan juga model, Syazlin Zainal meninggal dunia pada 10 November 2022 di usia 26 tahun dipercayai akibat terjatuh daripada tingkat 22 di sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, Johor Bharu.

Kematian Syazlin atau nama penuhnya Syazlin Suhaizan Zainal bukan sahaja mengejutkan industri seni malah rakan-rakan dan keluarga terdekat.

Menurut laporan Kosmo, siasatan awal polis tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (DSR).

Sepanjang hayatnya, Allahyarhamah pernah membintangi drama seperti Takdir Yang Tertunda, Potong, Dia Yang Ku Jadikan Suami dan Ada Yang Ngikut Oh My Hantaran, Sitik Tok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

Pandai Rahsia Percintaan, Ini 6 Artis Yang 'Tahu Tahu' Kahwin Pada Tahun 2022

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...