October 31st, 2016

Kontroversi Elly Mazlein memberikan sedikit impak buat dirinya apabila beliau menyertai Gegar Vaganza 3. Ramai yang menganggap pihak produksi seolah ingin menggunakan cerita hangat mengenai rumah tangganya dengan memberikan lagu yang berkaitan dengan apa yang Elly lalui baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, Elly tidak mahu memikirkan perkara negatif dan beliau tidak anggap pihak produksi GV3 ingin mengenakan beliau.

Tidak. Saya tidak anggap begitu (mengenakan saya). Saya anggap apa yang diberikan kepada saya itu sebagai satu cabaran. Jadi, dalam hidup ini janganlah sensitif sangat.

Memang kalau diperhatikan, lagu pertama (Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan) memang lagu mengisahkan diri saya, lagu kedua (Berpisah Jua) pun macam kisah saya, selepas itu lagu untuk minggu ketiga dapat pula Perawan Atau Janda.

Namun, Elly akui beliau kadang-kadang takut jika beliau emosi di atas pentas kerana “terpukul” dengan lagu-lagu yang menggambarkan kisah derita hidupnya.

Setiap minggu lagu macam kisah diri saya. Sebelum menyanyi itu memang saya takut tidak boleh tahan emosi. Macam menyanyi depan cermin, ibarat kena ‘bom’ depan muka sendiri.

Walaupun cerita dalam lagu itu sangat kisah saya, tapi sokongan peminat yang berada dalam dewan itu membuatkan saya terus kuat sebenarnya. Saya cakap kepada diri jangan menangis.

Peminat Elly Mazlein cukup menyayangi beliau sebab itu mereka agak sensitif dan kalau boleh tidak mahu lihat Elly terus menangis. Luka didalam hati memang tidak boleh diubati dalam sekelip mata, tetapi sentiasa berfikiran positif dan percayalah Elly akan lebih tabah serta kuat di masa hadapan.

Sumber Berita: Kosmo Online


Comments are closed.

Loading...