“Dalam Folder Deleted” – Isteri Sedang Sarat Hamil Jumpa Video Suami Dengan Wanita Lain Dalam Rumah Keluarga

Kehidupan

“Dalam Folder Deleted” – Isteri Sedang Sarat Hamil Jumpa Video Suami Dengan Wanita Lain Dalam Rumah Keluarga

Perkongsian seorang wanita bergelar isteri tentang episod dalam rumah tangganya mencuri perhatian ramai di mana dia menyifatkan situasi tersebut titik terendah dalam hidupnya.

Menerusi Threads, wanita berkenaan berkongsi bagaimana dia ternampak video suaminya sedang melakukan seks bersama wanita lain di rumah mereka sendiri.

Advertisement

Segalanya terbongkar apabila si isteri yang pada awalnya hanya mahu melihat gambar anak-anak dalam telefon suami, tiba-tiba ‘tergerak hati’ untuk membuka folder deleted items.

Padahal selama ni aku tak pernah langsung bukak gallery dia sampai ke situ. Aku nampak video dia. Samar-samar. Tapi aku cam, bilik tu dalam rumah kitorang. Rumah yang aku dan dia dan anak-anak duduk.

wanita tengok video suami curang wanita tengok video suami curang

 

Tengah sarat mengandung, beri peluang kedua

Dari situlah, dia ternampak video suaminya sedang mengkhianati dirinya tanpa sekelumit rasa bersalah.

Ketika melihat video itu, dia dan anak-anak berada di dalam kereta, sementara suaminya turun membeli minuman.

Dia yang sarat mengandung lapan bulan hanya mampu menangis sampai sesak dada. Namun disebabkan keadaannya yang sarat, membuatkannya takut dan buntu dan membuat keputusan memberikan suami peluang kedua.

Bagaimanapun, dia meminta suaminya membuang semua perabot di dalam bilik tidur mereka kerana tidak sanggup melihat kesan pengkhianatan itu.

wanita tengok video suami curang wanita tengok video suami curang

 

Berubah sekejap je, kini tunggu hari untuk cerai

Tetapi janji suaminya untuk berubah hanyalah ‘wayang’ semata-mata kerana lelaki itu hanya bertahan selama beberapa bulan sahaja sebelum sekali lagi wanita tersebut menjumpai mesejnya dengan perempuan lain.

Kini, selepas 2 tahun peristiwa itu dia memaklumkan bakal berpisah pada 29 September nanti dan sudah bersedia untuk memulakan kehidupan sebagai ibu tunggal.

Dari 2023-2025, taktau berapa banyak air mata aku tumpah. Now dah tak ada apa lagi tinggal. Setitik air mata pun dah tak keluar masa aku failkan cerai.

wanita tengok video suami curang

isteri sumpah suami
2025-09-21 10:28:31

Suami 'Check In' Dengan Pelajar Universiti, Isteri Lafaz Sumpah - "'Burung' Kau Takkan Bangun Seumur Hidup!"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...