Dalam Fasa ‘Healing’, Naim Daniel Buat Lagu Baharu Hasil Sakit Putus Cinta

Hiburan

Dalam Fasa ‘Healing’, Naim Daniel Buat Lagu Baharu Hasil Sakit Putus Cinta

Penyanyi Naim Daniel secara terbuka mengakui sedang berada dalam proses ‘healing’ setelah putus cinta baru-baru ini.

Ditemui media,  Naim berkata dia hampir hilang kewarasan diri dalam menempuh fasa menyakitkan itu.

Advertisement

Berikutan itu, Naim nekad mengubah rasa ‘sakit’ itu dalam sebuah album mini atau EP terbaharunya.

Bakal menerbitkan album berjudul ‘Lelaki Gila’, naskah terbaru Naim itu mengandungi lima buah lagu termasuk sebuah lagu ‘cover’.

Salah satu lagu yang saya hasilkan Lelaki Gila. Tema album lebih kepada patah hati dan ‘healing’.

Kalau orang tanya kenapa memilih tema itu, alasannya adalah saya memang sedang patah hati tetapi hidup tetap harus diteruskan. Jadi, dengan perasaan sedih yang masih berbekas, saya pegang rasa dan emosi itu dan luahkan semuanya dalam lagu. Insya-Allah menjadi, harap ramai dapat rasa sakit itu.

Menjadikan album tersebut sebagai tempat untuk meluahkan rasa luka, Naim mengakui ia adalah salah satu cara ‘healing’.

Saya rasa 2024 adalah titik terendah seorang Naim Daniel terutama pada hujung tahun. Semuanya tentang kehidupan dan percintaan.

Tempoh percintaan lalu itu boleh dikatakan selama empat Perdana Menteri bertukar. Lima tahun punya perhubungan sejak negara dilanda wabak Covid-19.

Meskipun begitu, Naim berkata dia tidak menolak untuk mengenali dan menerima seseorang yang baharu dalam hidupnya pada tahun ini.

Siapa saja yang datang selepas ini Insya-Allah kalau hati terbuka, saya okey saja. Sekarang sudah solo tetapi tidak mencari kerana mahu fokus dengan apa yang saya buat ketika ini terutama muzik.

Kalau cakap tentang sedia untuk kahwin atau tidak, kita sendiri pun tak tahu bila seru nak kahwin itu akan tiba tetapi kalau sudah sampai, pastinya saya akan jadi orang paling bahagia.

Selain itu, kami kongsikana rtikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Siti nUrhaliza luah hasrat lawat gaza
2 hours ago

Datuk Seri Siti Nurhaliza Luah Hasrat Mahu Lawat Gaza, Ziarah Warga Sekolah Afwa Al-Aafiyah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : HibGlam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...