Pempengaruh dan usahawan, Prince Syed, meluahkan harapan agar segala kemelut yang melibatkan dirinya dan keluarga mentua dapat diselesaikan dengan cara baik, selepas hadir mengikuti prosiding pertuduhan di Mahkamah Majistret hari ini.
Menurut Prince Syed, 33, dia hadir ke mahkamah untuk melihat sendiri perjalanan kes yang membabitkan ibu bapa mentuanya, Aminah Haniffa, 55, dan Ishak Saif, 59, serta iparnya Muhammad Ikhwan Alif.

Saya nak semua jadi kembali jernih semula, dalam dunia ini kalau buat kejahatan, azab dunia pedih, macam mana pula di alam sana.
Kalau boleh (kita) perbetulkan.
Prince Syed turut ditemani isterinya, Fatin Syazwani Ishak, 27, kakaknya Syarifah Nur Syafiqah, dan peguam pemerhati, Navin Punj.
Beliau bersyukur prosiding berjalan lancar dan sekali lagi menegaskan bahawa perkara melibatkan perselisihan keluarga tidak wajar dipanjangkan.
Alhamdulillah, pada saya semuanya berjalan lancar. Doakan kami, saya, isteri dan keluarga kedua belah pihak.
Satu saja, kalau boleh jernihkan, kita jernihkan. Dunia ini tak hidup lama. Benda gaduh atau perselisihan faham tak perlu dalam kekeluargaan.
Prince Syed juga berharap apa yang berlaku menjadi pengajaran untuknya bermuhasabah diri, namun enggan mengulas lanjut bagi menghormati mahkamah.
Tak boleh cakap lebih, saya serahkan kepada peguam.
Cukup sampai di sini, kalau ada apa-apa, saya akan bagi kenyataan satu hari nanti.
Dalam prosiding hari ini, tiga ahli keluarga mentua Prince Syed — Aminah, Ishak dan Ikhwan didakwa atas pertuduhan mencederakan pempengaruh tersebut.
Ketiga-tiga tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Zubaidah Mahat.
Kes dijangka diteruskan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian. – Harian Metro
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
