Dalam Diam, Raja Afiq Dan Soffwany Yusoff Dedah Sudah Tunang Beberapa Bulan Lepas

Hiburan

Dalam Diam, Raja Afiq Dan Soffwany Yusoff Dedah Sudah Tunang Beberapa Bulan Lepas

Baru sahaja minggu lepas kecoh pelakon Raja Afiq mengakui bahawa hatinya kini dimiliki oleh seorang anggota polis merangkap penyanyi iaitu Soffwany, tidak sangka pasangan ini dalam diam telah membawa hubungan tersebut ke fasa yang lebih serius.

Lagi mengejutkan apabila wanita berusia 31 tahun itu berkongsi bahawa mereka sudah pun mengadakan majlis pertunangan secara tertutup beberapa bulan lepas. Pun begitu, mengambil keputusan untuk merahsiakannya kerana mengakui masih tidak bersedia untuk berkongsi perihal gembira tersebut kepada umum.

Advertisement

“Saya sudah mengenali Raja Afiq sejak awal tahun ini, tapi tak pernah dedahkan status hubungan kami berdua.”

soffwany dan raja afiq

Nyata jodoh sudah tertulis, pasangan ini mengambil masa hanya beberapa bulan untuk mengenali hati budi masing-masing sebelum mengambil keputusan untuk bertunang. Malah wanita itu tidak segan mengakui bahawa mereka berkenalan menerusi Instagram.

Meskipun telah merancang untuk melangsungkan perkahwinan pada Ogos atau September tahun ini, tetapi nampak gayanya pasangan merpati dua sejoli ini terpaksa menangguhkannya kepada suatu tarikh yang belum dipastikan lagi kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih berjalan.

“Cuma harapnya ia dapat dilangsungkan sebelum tahun hadapan. Lagipun, masih banyak perkara yang masih belum lengkap. Raja Afiq pun belum menghadiri kursus kahwin lagi.”

raja afiq bertunang dengan soffwany yusoff

Siapa sangka Raja Afiq dan Soffwany sudah pun mengikat tali pertunangan tanpa dapat dihidu oleh sesiapa?

Sumber: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...